Sabtu, 26 Ogos 2017

SPM, Sapu Debu, #friendzone

Image result for tumblr gif aesthetic

Assalamualaikum dan hai guys! Okay kalau ikutkan last saya update blog ni Disember 2016 tak silap. Last year memang rajin sikit nak corat-coret bagai sebab masa tu Form 4. Tahun ni hah Ogos 2017 baru dapat on balik (act baru teringat ada blog hahaha). Jadi kali ni saya nak tulis lah sikit apa yang jadi sepanjang berdiam diri dari blog ni, persediaan SPM, target trial and SPM dan mungkin ini pon akan jadi antara post paling panjang lah sebab nak ceritakan bagaimana saya rasa saya ini di 'friend zone' kan oleh rakan baik saya sendiri :')

Baiklah saya akan ceritakan ikut story line lah biar tak banjir waktu type ni (actually banjir dah mencurah-curah dah pun almost 3 bulan lebih).

Alhamdulillah akak-akak, abang-abang (kalau ada jugalah yang baca ya), kawan-kawan dan adik-adik (hahaha kalau ada), alhamdulillah saya bukan nak kata pelajar low atau pandai sangat. Saya average. Saya boleh katakan kalau dalam semua subjek teras tu boleh score dalam 5 subjek tapi tak tahu kenapa part BI je penulisan bahagian B tu out sikit hahaha (any tips? owh tau mesti ramai akan kata banyakkan baca article dan contoh-contoh essay). Saya ambil 10 subjek, BM BI MATH SEJARAH PI, lain tu FIZ KIM BIO ADDMATH dan ICT. Saya akui juga saya agak lemah dalam subjek-subjek Sains Tulen ni :'). Tapi saya tidak akan berputus asa. Doakan saya dapat naikkan markah subjek-subjek tersebut. Ameen.

Related image

UPSR dulu 4A 1B, PT3 7A 2B 2C... Bagi orang ramai results saya tu okay lah juga tapi bagi saya saya masih perlu capai lebih. Tapi saya juga tahu tahap mana kemampuan saya. Bukan hendak berfikiran negatif, malah dengan ini juga antara yang menjadi pendorong saya untuk teruskan mencapai target saya. Tetapi saya terus-teranglah. Saya 'agak' menyesal sebab saya sendiri rasakan saya terlalu banyak main-main sedangkan waktu peperiksaan saya ni jarak dia ibarat langkah longkah je. Waktu peperiksaan pertengahan tahun, saya melihat daripada kemampuan saya, saya cuba untuk dapatkan 6A tapi sayangnya hanya mampu 4A daripada 10 subjek tu. Saya memang frust sampaikan nangis waktu 3 penjuru. Saya rasa sebak sangat. Memang seminggu down tak hilang. Jadi trial spm ni, saya cuba kembalikan impian saya untuk dapatkan 6A terrsebut dan pada SPM yang sebenar inshaa Allah saya akan cuba dapatkan 8A. Bukan tidak mahu straight A tapi saya sedar bahawa straight tak bermakna awak tak pandai atau berjaya. Tapi kalau dapat alhamdulillahs siapa je tak suka kan?!?

Untuk kali ini, saya nak confess lah satu story :'). Saya dalam kalangan keluarga atau kawan-kawan memang orang panggil hati batu ah. Bukan sebab saya ni 'hati batu', tapi sebab saya ni jenis memang tak nangis. Tak akan nangis walaupun cerita tu sedih, orang meninggal or terharu dapat hadiah etc (yeah memang lah tak baik tapi dah perangai waktu tu gitu bukan boleh buat apa). Tapi semuanya berubah 360° sebabkan seorang lelaki :'). Ye tahu tu kalau cerita kat sini memang nampak sangat tak matured tapi ini hanya sebagai perkongsian pengalaman daripada budak 17 tahun yang masih mengenali jalan cerita dunia yang dicipta oleh Allah SWT ini.

Kisah dia bermula apabila semua kawan baik saya pindah ke sekolah yang lebih bagus a.k.a MRSM lepas dapat result PT3 bagus. Tinggallah saya keseorangan di sekolah saya tu. Start situ saya menangis sebulan berturut-turut sampai demam-demam. Tapi, saya nak tutup malu, saya kata dekat ibu bapa saya yang saya demam sebab sibuk study nak exam. Start situ lah saya mudah jadi 'cengeng', kuat terasa hati (sentap) dan mudah sangat nangis. Saya terkejut juga first-first sebab dulu kalau tengok drama sedih pun saya remain stoned. Saya masih menjadi yang plaing friendly dan heboh macam dulu, cuma balik daripada sekolah saya akan jadi down dan nangis dalam bilik.

Start tahun 2017, saya start ubah sikap saya yang asal balik nangis tu kerana takut benda ni akan mudaratkan saya yang akan ambil SPM nanti. Saya tak boleh terus sebegini. Naik sekolah saya dilantik sebagai Head Girl ataupun Ketua Pengawas bagi perempuan (act penolong ketua pengawas lah kasar dia XD). Mulanya saya tak ambil berat sangat sebab saya memang jenis happy go lucky, bising dan tak suka dikongkong. Tapi setelah beberapa bulan saya rasakan tanggungjawab ni sangat berat untuk dipikul. Saya menjadi seperti saya yang dulu, murung, kuat sentap dan lebih banyak berdiam diri. Tiada orang untuk saya luahkan perasaan kerana kesemua rakan baik saya tiada disisi saya. Saya banyak menangis dihadapan hws, phone la lagi-lagi bila dengar lagu sedih. Saya banyak luahkan kat seorang lagi rakan baik saya yang duduk d Selangor (sebab dia je yang sentiasa on lain tu asrama tak bawa phone). Bila whatsapp dia, memang boleh cakap kalau ditadah air mata yang keluar tu banjr Negeri Sembilan XD.

Tahun 2017 jugalah saya mula mengenali seorang rakan lelaki yang mana kami sama sekolah dari Form 1 dan sekelas waktu Form 4 tapi baru rapat waktu Form 5. Saya tak jangka pun saya akan rapat dengan dia sebab bagi saya dia ni biasa je, pernah buat salah laku pula tu. Tapi kami rapat lepas dia dilantik menjadi pengawas. Dari situ kami banyak kali jumpa dan kerjasama, situ jugalah kami makin rapat dan kerat jari boleh declare lagi as 'BFF'. Saya tidak lagi kemurungan dan bersedih kerana dia dan rakan-rakan pengawas lain sangat fun dan boleh buat bual. Saya dapat keluar sebentar dari kepompong tu dan lebarkan sayap yang telah hampir setahun saya peram. Terbang bebas ke udara tanpa rasa ragu dilastik XD (amboi bermadah helah sungguh) XD. 

Image result for gif best friend girl guy

Semakin hari semakin rapat, saya jadi sangat selesa. Yelah, dan BFF kan, walaupun berlainan jantina saya masih boleh menjadi diri saya. Terus terang saya cakap, saya kalau sudah selesa dengan orang, saya memang berkelakuan lain sikit. Senang cerita saya jadi diri sendiri macam bila ajak borak tu saya seorang-seorang pun dah okay siap pakej kaki angkat macam tomboy-tomby tu (kalau tak saya acah-acah malu sikit dan saya ni dalam girly ada boyishnya hahaha).

Bila dah selalu borak, terdetik dalam hati tu kalaulah dia mampu begini selamanya eh eh. Saya start mula rasa begitu lepas dia mainkan gitar waktu kami 'fly' waktu koko XD (jangan tiru aksi ini!). Saya memang tak boleh kalau lelaki main gitar depan saya, Cair! Tapi masa itu hanya ada sikit je, masih tak ada rasa lebih daripada kawan. Tapi bila dia sering 'ceramah ringkas' dengan saya dan selalu dengar cerita merepek saya, saya mula terdetik kalau-kalau saya 'suka' pada dia. Tapi saya ini suka orang atau tak, saya jadi je diri saya sendiri yang mana saya langsung tak berubah sikap. Angkat kaki tu maintain je XD. Macam orang lain maybe dia berubah untuk impress that guy yang dia suka tapi pandangan saya lah, bila saya buat kaji selidik sendiri, lelaki ini lagi tak suka perempuan fake dan berubah sikap drastically. So saya maintain macam dulu biar tak 'kantoi'.

Dan adalah saya waktu tu saya tercuri-curi dengar dia cakap dengan orang lain dan orang-orang pun duk bahan dia dengan seorang kawan saya tu. Saya pun join lah tapi waktu tu remuk koyak patah hati ni kalah Patah Seribu. Then the moment saya nampak dia bagi hadiah kat that girl dah buat saya tambah remuk. Memang berderai habis. Esoknya saya masih tegur dia tapi tak seriang dulu, seramah dulu dan seceria dulu. Alhamdulillah dia tak perasan perubahan tu tapi saya kembali down. Dan ia berkekalan sampai sekarang (waktu saya tulis blog ni). Almost 3 bulan lebih saya cuba up balik semangat saya. Saya pernah ponteng kelas dan pergi ke kaunseling secara sengaja dan saya jadikan 'masalah pentadbiran pengawas' sebagai alasan. Even cikgu kaunseling saya pun tanyakan "awak putus cinta ke apa ni?" Memang tak lah saya nak mengaku.

Image result for depressed gif

Start dari situ saya balik sekolah murung, nangis, demam dan banyak berdiam diri. Saya sendiri rasa ini lagi teruk daripada dulu. Saya tak se'happy-go-lucky' dulu, saya banyak diamkan diri (alasan nak tumpu study) dan banyak kali pergi klinik sebab tekanan darah rendah. Ya saya tahu saya terlalu muda untuk rasakan semua ini tapi tipulah kalau orang tu walaupun lebih berusia daripada saya dapat tepis gitu sahaja. Tekanan darah tak perlu cakap, sangat rendah yang mana doktor cakap kalau tak berjaga-jaga saya boleh pengsan (yeah saya tak pernah alami pengsan tu bagaimana tapi tahun ini je sudah 2 kali). Dari situ saya cuba belajar untuk move on dan tumpukan pada pelajaran. Saya tak nafikan mungkin faktor saya tak dapat capai target saya sewaktu mid-year exam tu kerana masalah ini. Dan sampai sekarang saya masih mencuba. Walaupun tidak 100% move on tapi at least tumpuan saya pada pelajaran tu sudah seperti dahulu. Cuma saya masih pulang bersama air mata menemani tak kala melihat BFF saya itu rapat dengan that girl. Tak nafikan mereka serasi. Saya hanya budak 'terlebih' peramah yang hanya menjadi tempat mengadu mereka dikala diri sendiri tiada orang sebagai pangkin untuk meluah semua isi hati yang terbuku. Saya memang dapat rasakan yang jika saya luah isi hati saya, saya akan serta merta dapat #friendzone. Jadi, biarlah saya simpan dihati daripada mendapat malu kemudian hari.

Jadi akak-akak yang lebih berpengalaman, diharapkan dapatlah memberi tips untuk adikmu yang kerdil ini. Honestly, mata saya sudah berat untuk mengeluarkan air mata dan saya juga penat untuk berpura-pura seperti baik-baik sahaja pada semua orang. Ingin saya tegaskan, tak semestinya orang yang anda lihat sentiasa gembira itu gembira juga dibelakang. Hakikatnya, kegembiraan mereka itu dibuat-buat demi menutup segala duka lara yang dipendam. 

Saya hanyalah remaja 17 tahun yang masih sangat mentah untuk berbicara mengenai ini. Jadi diharapkan semua tidak berfikir buruk terhadap saya. Sesungguhnya saya masih bertarung dengan kemurungan dan kesedihan ini. Doakan untuk kecemerlangan SPM saya pada tahun ini dan juga doakan saya dapat hilangkan semua perasaan yang dapat mengganggu-gugat hati saya ini. Terima kasih. :)

Rabu, 28 Disember 2016

Nasi Goreng Suun (Super Healthy Food อ_อ)

Image result for cook tumblr gif

Jangan ingat hakak muda ni tak pandai masuk dapur ahahaha...alhamdulillah berkat tengok tv almost 24 jam ni (adeh pecahkan tembelang sendiri XD), Ira reti masak start Form 1. Ibu tak ajar pon, apa keluar kat tv tu la yg Ira buat XD.  Alhamdulillah lepas jugak la nak masak lauk Melayu Indian Chinese yang berat2 macam Nasi Lemak, Ayam Masak *Kurma Kari Sup Sambal Tempoyak etc*, Daging etc tu semua bagai ecehhhh....Nanti kalau hakak2 habang2 hadik2 bagitau mak2 kay yang saya boleh buat bakal menantu XD.

So amarilah Ira tunjuk sikit pic nasi goreng suun versi Ira macam mana *sorry gambar gegau 1000 skala richter plus kualiti xhelok ngat2*

*atas telur tu bukan kicap or ape2*

Ira bab makan memang cerewet. Tak nak ikan la kicap la. So hahaha end up masak sendiri ibu kata XD. Ibu fade up nak masak sebab nanti bukan nak makan XD.

Btw mangkuk tu mangkuk favourite sebab cute ja. Mangkuk tu macam ala2 dalam kdrama. Gitew~

So kenapa Ira letak 'Super Healthy Food', sebab ade byk sayur dr nasi or suun. 3-4 jenis. Plus, bukan xnak masukkan protein tapi Ira just malas nak potong depa XD.

Bahan2:
1 or 1 1/2 senduk nasi
2/3 paket Suun
Kubis
Sawi
Bayam
4 ulas bawang putih
3 cili padi
Garam 
Telur (kalau nak Telur Mata Kerbau tu*

Ha bahan dia senang je kan nak sediakan. Kawan-kawan ade jugak panggil ni Nasi Goreng Budak Nerd. I'll be like.....wth~ hahaha

Cara-cara:
1. Tumbuk bawang putih dengan cili padi. *Boleh je kalau nak guna bawang merah. Ira guna bawang putih je sebab bawang putih senang nak lumat XD. Plus, rasa bawang putih ni lagi buatkan rasa sayur2 nanti manis n sedap.*
2. Rendam suun dalam air biasa. Biarkan je dulu kat tepi.
3. Potong sayur-sayur tu semua.
4. Letak minyak masak sikit n masukkan bawang dengan cili yang dah ditumbuk tadi.
5. Kalau rasa dah bertukar warna tu, masuk sayur-sayuran tadi.
6. Bila dah kuar sikit air dari sayur tu n nampak sayur dan agak masak, masukkan suun. Gaul je
7. Last sekali masukkan nasi. Dah gaul helok tu baru letak garam.

And telur tu kalau nak lah~ Korang boleh je nak letak ayam ke ikan bilis ke daging ke~

Daaaa~~~ siap! 


2000-liners turn to 17 in 2017...

Related image

yeah Assalamualaikum guys~
waddup? Lama tak update blog, blogwalking etc semualah. Hahaha. *bukan apa menikmati cuti yang dah macam tak cuti ni XD*. Pejam celik dah nak penghujung 2016. Ira rasa gerun tetiba heckkk~
Sebab apa? Bukan, next year Ira kene duduki SPM. yeah, Sijil Pelajaran Malaysia. 

Nak tau juga pada akak-akak abang abang yang pernah jawab SPM dulu. And pada yang berjaya, share lah tips :D. 

Tetiba teringat apa yang ibu dengan makcik-makcik Ira pernah cakap... "Macam kejap sangat tahun 2000 ni pergi. Tengok2, budak-budak lahir 2000an ni nak jawab SPM dah". Owh hahaha yeah 'budak' macam kami ni pon membesar juga~

Image result for budak 16 tahun dah cantik

Image result for budak 16 tahun dah lawa

Hehh like seriously? Waktu tengok benda ni viral, Ira sikit pon tak terkejut tapi kecewa sikit tu adalah~ Iyalah, tak nafikan kami sebaya, 16 tahun. And pelik sangat ke budak2 sekarang pakai makeup, nak jadi lawa? Untuk pengetahuan korang, Ira ada ramai je kawan2 yang macam ni. At least Ira n kawan2 ada jugaklah melalui zaman selekeh tapi tu sampai Form 2 je lah~ 

Image result for budak 16 tahun viral

yeah sebabkan benda ni viral, dengan kami2 ni sekali kena. Like wth iler lah. Yeah nak sedapkan hati, kami2 ni pun duk sepakat cakap "Diorang semua dengki". Respect giler kat Zakirah ni sebab dapat sabar lagi tengok comment 'heaters' tu semua XD. Kalau Ira tak tau lah boleh ke tak.

So pada 2000-liners yang lain, goodluck untuk SPM korang. Hopefully kita dapat result gempak and all the best...

Isnin, 21 November 2016

Song ATM: November

Image result for girls tumblr gif

Ha ha ha...gambar atas tu tak ada kaitan pon hehehe.

Kay bulan ni bulan November right? So, kali ni Ira nak share pula lagu yang antara selalu Ira dengar dalam bulan November ni :)

Noah Cyrus - Make Me (Cry) ft. Labrinth


Zara Larsson - Ain't My Fault



twenty one pilots: Stressed Out



BLACKPINK - '불장난 (PLAYING WITH FIRE)'



BLACKPINK - 'STAY'



okay gonna update untuk December punyer juga nanti!


Sabtu, 12 November 2016

Lelaki: Perempuan Makeup, Yay or Nay?

Hello guys, it's been a quite long day nah i do not update any entry in this blog. Sebenarnya, malas ada busy study untuk exam ada no idea pon ada 😂. Ya ya ya exam haritu almost sebulan kot and buat kira-kira, ada 25 papers from 12 subjects 😫😫😫... penat weh penat, curious juga kalau orang dulu ada tak banyak gini kena belajar 😌 #jangankecam saya...

And sebabkan dah 'merdeka' ni, Ira pon selak-selak lah juga apa yang viral sekarang. And Ira jumpa satu video ni. Macam analisa lah kot nak tengok reaction laki ni bila tanya suka perempuan pakai makeup atau tak....

Pergh semua 😑, uh saya lebih suka perempuan yang tak makeup lah bla bla bla nampak natural. Bila bagi pic muka perempuan tu 'pure', dan dan ubah statement. Alah paling-paling pon letak ni sikit tu sikit. Fuhh, semua itu dusta 😂😂😂... nah nah

Kenapa perempuan bermakeup, sebab ni lah. Cakap suka yang tak makeup tapi pantang nampak perempuan dahi licin, kulit putih, bulu mata lentiklah itu yang dicarinya. Jadi jangan kecam perempuan bermakeup ni lagi ye...

In my opinion, tak salah jika orang tu nak bermakeup. Lawa, tapi janganlah nampak fake sangat. Nanti susah, apa yang dilihat dalam gambar atau depan-depan bila pakai makeup, lain bila bilas makeup tu 😏

Antara ig makeup yang Ira selalu stalk kan... @alhaalfa

Ni antara hasil beliau and murid beliau



Cantik kan? Tapi bagi pendapat Ira lah, ada pros and cons dia. Makeup dah lawa dah tapi nampak agak keterlaluan juga. You guys boleh tengok sediri pic before and after dia. Nilailah sendiri.

Jangan sampai cenggini~












Ahad, 18 September 2016

Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman

*klik banner untuk join*

It has been a quiet long time juga tak join mana-mana giveaway ni. rindu~ uhuks! Jadi, giveaway ni adalah a very first giveaway Ira join sebab Ira tertarik dengan perkataan Beauty tu...yeppi!

Yang buat lagi menarik tu die offer lagi apa yang kita suka, wishlist dengan yang kita pakai...*tepuk tangan girang* Cepat join nanti terlambat pula~

Dah nama pun 'beauty box'. So, memang beruntunglah Ira yang dapat~ Eh yoyoo je XD...Dapat ke tak belakang cerita tapi yang penting kita enjoy dapat join dan bw ke blog orang lain :)...Tapi apa-apa pun, doakan Ira juga Aamiin~

Actually Ira ada scroll one product ni, Namanya Shills Acne Purifying Peel Off Black Mask. It'll be such a precious moment kalau Ira dapat *sob sob*...

So guys, wish me luck and all the best :D

Jumaat, 16 September 2016

What will you react when your fav artist/youtuber/viner etc followed your IG and called you?

Image result for happy girl gif tumblr

 'What will you react when your fav artist/youtuber/viner etc follow your IG and called you?'Yeah today's title are longer than others perfff~

Actually I recently in love with one Youtuber, Rebal D. Yeah I think he's still new Youtuber. He's so fucking handsome tho hahaha~  Okay lemme 'umbrella' his photo...

*he's so cute XD*

How I know about him? Kay lemme refresh about it. Hah, okay! Do you know about a prank called 'Pranking my ex/crush/bully/friends with lyric song'? And he did it. One of his video prank getting viral and the viewer now are 887,435. Heol, and I like him because of his personality. He's such a humble and caring person. There are a few video about he called his fans and even pranking them XD

Okay straight to the point, I tagged him on my selfie with my mum. Yeah as a fan, that's so common to tag your bias celebs in your photo. And I always 'stalk' him hahaha like see all the comments on his recent photo. Here is his IG n Youtube